CSR perkenal tiga gula perang baharu berkualiti tinggi - Utusan Malaysia

CSR perkenal tiga gula perang baharu berkualiti tinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM 16 Julai – Pengeluar gula tempatan, Central Sugars Refinery Sdn. Bhd. (CSR) bakal tampil dengan tiga jenis produk gula perang baharu bermula 1 Ogos ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Hishammudin Hasan berkata, tiga produk gula perang baharu itu ialah gula perang emas khas untuk minuman seperti kopi dan teh, gula merah lembut untuk kegunaan kek serta gula merah wangi bagi kuih muih tradisional.

Menurutnya, variasi gula perang berkualiti tinggi itu diwujudkan kepada pengguna bertujuan mendidik pengguna kepada gaya hidup lebih sihat dengan bertukar daripada menggunakan gula putih kepada gula perang.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita menyarankan pengguna bertukar kepada gula perang adalah berikutan mengandungi antioksida selain mempunyai rasa asli yang membantu menaikkan lagi aroma dalam masakan.

“Tiga variasi gula perang premium ini boleh dimiliki dengan harga hanya RM4.25 bagi berat 450 gram. Jika dibandingkan de­ngan import, harga ditawarkan kita lebih murah dan berpatutan selain dijamin halal,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Hishammu­din berkata, pihaknya sedia maklum bahawa tidak mudah untuk pengguna bertukar daripada menggunakan gula putih kepada gula perang.

Oleh demikian, Hishammudin menjelaskan, bagi menggalakkan pengguna memilih gula perang, harga gula perang yang asli diturunkan daripada RM4.25 kepada RM3.50 bagi setiap kilogram de­ngan wajah baharu.

“Ini bukan tentang penje­na­maan semula sahaja, tetapi pendekatan secara menyeluruh kerana kita mahu mengeluarkan produk yang menepati citarasa pengguna.

“Malah, hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D), bagi yang mementingkan kesihatan, kita bakal mengeluarkan produk baharu iaitu campuran gula putih dan stevia untuk minuman pada harga RM6,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×