Lebih 100 remaja cemari kemenangan Perancis - Utusan Malaysia

Lebih 100 remaja cemari kemenangan Perancis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS 16 Julai – Puluhan remaja memecah masuk sebuah kedai popular di Champs Elysees semalam ketika beratus ribu peminat bola sepak Perancis meraikan kejayaan memenangi Piala Dunia FIFA 2018.

Kira-kira 30 orang, kebanyakannya memakai topeng ski, memecah masuk ke dalam Publicis Drugstore dan mencuri beberapa botol minuman keras sambil tersenyum serta merakamkan aksi mereka dengan telefon pintar.

Selain itu, ada juga yang melempar objek termasuklah botol dan kerusi ke arah anggota polis.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dalam pada itu, rusuhan tercetus antara polis dan 100 remaja yang bertindak memanjat kenderaan polis ketika menyaksikan perlawanan di Lyon.

Polis melepaskan gas pemedih mata untuk meleraikan kumpulan tersebut yang melempar objek serta membakar tong sampah.

Menurut jurucakap polis, 10 orang ditahan di Marseille, di mana dua anggota keselamatan tercedera dalam rusuhan terbabit. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×