Pelancong di Putrajaya dijangka meningkat - Utusan Malaysia

Pelancong di Putrajaya dijangka meningkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 15 Julai – Kemasukan pelancong an­tarabangsa ke wilayah ini dijangka meningkat pada tahun ini hasil daripada usaha dan promosi yang digerakkan oleh pelbagai agensi terbabit.

Presiden Perbadanan Putrajaya, Datuk Seri Hasim Ismail berkata, walaupun jumlah keha­diran pelancong asing ke Putrajaya menurun pada tahun lalu pihak­nya yakin dapat menarik lebih ramai pelancong melalui promosi yang sedang diperhebatkan.

“Jumlah pelancong yang me­lawat Putrajaya pada tahun 2016 adalah sebanyak 8.9 juta manakala pada tahun lalu menurun kepada 6.7 juta orang.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Usaha mempromosi sedang giat dilakukan termasuk melalui saluran media sosial yang didapati berkesan untuk tujuan itu.

“Usaha ini bagaimanapun tidak akan berjaya tanpa kerjasama semua pihak termasuk masyarakat,” katanya dalam sidang akhbar program Travelogue Escape 2.0 @Putrajaya di sini hari ini.

Program anjuran Perbadanan Putrajaya dengan kerjasama Majalah Santai Travel itu melibatkan 43 pengamal media dari pelbagai negara antaranya Malaysia, Jepun, Perancis, Taiwan, Filipina dan Indonesia.

Terdahulu, peserta diberi peluang melawat beberapa tempat menarik di Putrajaya seperti Cruise Tasik Putrajaya, Taman Wetland, Taman Ekuestrian dan Skyrides and Skywarrior Putrajaya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×