RAWANG – Empat maut, seorang parah dan tiga lagi cedera dalam kemalangan membabitkan lima buah kenderaan di Kilometer (KM) 446, Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari itu, lima kenderaan yang terbabit adalah dua kenderaan pelbagai guna (MPV), dua kereta dan sebuah treler pengangkut kenderaan.
Tiga yang maut ialah pemandu dan penumpang MPV Perodua Alza iaitu Nur Fitrah Rosman, Nurbaya Mohd. Zaki dan Muhamad Hafiz Shahrul Jefri Din yang kesemua berusia 24 tahun.
Kesemua mangsa dari Ipoh, Perak dalam perjalanan bertemu rakan di Kuala Lumpur.
Seorang lagi mangsa ialah pemandu MPV Toyota Vellfire, Noorakhirludin Alam Mohamad. Noor, 47.
Mangsa yang parah pula ialah anak Noorakhirludin, Ezzudin, 11.
Ketua Cawangan Pengurusan Operasi Balai Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Alimaddia Bukri berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 12.02 tengah hari.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.











