Definisi bagi warna boleh diterjemahkan sebagai komponen cahaya yang terpisah apabila terpantul dari sesuatu objek dan ia dipengaruhi oleh karakteristik sumber cahaya tersebut.
Jarak gelombang sesuatu pantulan cahaya akan menentukan warna yang kita lihat. Warna juga dikatakan bersifat tiga dimensi kerana tiga aspek unik. Apabila mencari definisi bagi warna yang spesifik, terdapat tiga perkara yang perlu diambil kira seperti Hue, Value dan Saturation.
Hue: Terdiri daripada tiga warna utama seperti merah, biru dan kuning (RBY) dan warna sekunder seperti jingga, hijau dan ungu yang terdapat pada roda warna. Apabila merujuk kepada ‘hue’, ia merujuk kepada spektrum nyata warna asas yang boleh dilihat pada pelangi.
Value: Skala dari gelap ke terang.
Saturation: Tahap warna kelabu yang terdapat pada sesuatu warna. Semakin tinggi tahap saturation, semakin pekat sesuatu warna imej, semakin rendah tahap saturation, semakin kelabu sesuatu imej (grayscale).












