KUALA LUMPUR 14 Julai – Seorang ejen hartanah wanita yang memenangi sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV), Nissan X-Trail bernilai kira-kira RM140,000 menerusi peraduan Ticket to Drive 2 anjuran Golden Screen Cinemas (GSC) menyifatkannya sebagai hadiah hari jadi yang paling berharga.
Khoo Kai Xin yang menyambut hari lahirnya yang ke-26 pada 9 Julai lalu itu dinobatkan sebagai naib juara selepas mengatasi pelbagai cabaran dalam pertandingan itu yang melayakkannya membawa pulang kenderaan itu hari ini.
Kai Xin berkata, dia tidak menyangka sama sekali akan memenang pertandingan itu sekali gus membawa pulang hadiah yang cukup bermakna dalam hidupnya.
“Saya tidak berharap apa-apa pun dalam pertandingan ini, saya dipilih di antara 21 peserta secara rawak selepas menonton tayang filem di GSC di sini.
“Jadi tidak sangka pula saya boleh sampai ke peringkat akhir selepas melalui beberapa cabaran,” katanya ketika ditemui selepas majlis penyampai hadiah di pusat beli-belah One Utama, di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE











