Treler punca nahas ngeri korbankan 4 nyawa - Utusan Malaysia

Treler punca nahas ngeri korbankan 4 nyawa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 14 Julai – Kemalangan yang mengorbankan empat mangsa termasuk seorang kanak-kanak lelaki di Kilometer 446, Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS), Rawang dekat sini tengah hari tadi dikatakan berpunca treler yang dipandu hilang kawalan sebelum memasuki arah bertentangan.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintenden Azman Shari’at berkata, siasatan awal mendapati treler tersebut telah melanggar sebuah kenderaan sebelum terbabas dan memasuki laluan bertentangan.

“Ekoran kejadian itu tiga kenderaan lain dari arah selatan telah bertembung dengan treler tersebut mengakibatkan empat mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Berikutan kemalangan tersebut, lebuh raya di laluan arah selatan mengalami kesesakan sejauh 20 kilometer. Bagaimanapun kenderaan yang terlibat dengan nahas telah ditarik ke tepi bagi membolehkan dua lorong digunakan,” katanya di sini hari ini.

Jelas beliau, kesemua mangsa yang terlibat dalam kemalangan itu telah dibawa ke Hospital Sungai Buloh.

Mangsa yang maut ialah Nur Fitriah Rosman, 24; Noorakhiruldin Alam Mohamad Noor, 48; Mohamad Hafiz Shahrul Jefri Din, 24 dan Nurbaya Mohd. Zaki, 24.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×