Pelantikan Ismail Sabri mampu kembalikan keyakinan rakyat - Johan - Utusan Malaysia

Pelantikan Ismail Sabri mampu kembalikan keyakinan rakyat – Johan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM 14 Julai – Pelantikan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor yang baharu diharapkan dapat mengembalikan semula keyakinan rakyat terhadap parti itu di negeri ini.

Perkara itu ditegaskan Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Johan Abdul Aziz selain memberi jaminan akan bersama-sama Naib Presiden UMNO itu dalam usaha memulih serta menguatkan jentera parti di semua peringkat.

“Semua pemimpin UMNO bahagian di Selangor memberi kerjasama sepenuhnya kepada beliau (Ismail Sabri) bagi merealisasikan agenda parti untuk kembali bangkit di negeri ini. Kita juga yakin dengan kepimpinan beliau yang dikenali sebagai seorang individu yang kuat bekerja.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Justeru, saya yakin pemilihan beliau untuk mengetuai UMNO Selangor adalah tepat,” katanya di sini hari ini.

Hari ini, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menerusi satu kenyataan mengumumkan barisan Ahli Majlis Tertinggi parti itu bagi lantikan penggal 2018-2021 termasuk senarai pengerusi, timbalan pengerusi serta setiausaha badan perhubungan di semua negeri.

Ismail Sabri diumumkan sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor bagi menggantikan Tan Sri Noh Omar. – UTUSAN ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×