‘Ibu reda anak dijemput dahulu’ - Utusan Malaysia

‘Ibu reda anak dijemput dahulu’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANAH MERAH 14 Julai – Hajat seorang anak bertemu bapa kandung tidak kesampaian apabila Mohamad Ashraf Mohd Zuki, 13, terlibat dalam kemalangan 
di Jalan Batu Gajah ,Khamis lalu.

Ibu mangsa, Mekelsom Awang Kechik, 44, berkata, anaknya terlibat kemalangan ketika dalam perjalanan ke rumah bapanya, Mohamad Zuki Salleh, 56, yang berjarak hampir empat kilometer (km) dari tempat tinggal mereka di Kampung Bukit Berapit.

Katanya, anak bongsu daripada tiga beradik itu memang sering ke rumah bekas suaminya sejak mereka berpisah dan hubungan mereka berdua sangat rapat.

“Dia memang selalu ke rumah bapa kandungnya itu setiap minggu. Dia ada memberitahu saya bahawa ingin ke rumah itu untuk makan durian bersama bapanya.

“Saya mendapat berita tentang kemalangan ini daripada saudara terdekat kira-kira pukul 4.30 petang hari kejadian. 

“Saya terus bergegas ke Klinik Batu Gajah apabila mengetahui paha kirinya sudah terputus dan gagal dicantum semula,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Hospital Tanah Merah di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang Khamis lalu , motosikal yang dinaiki mangsa terbabas dan melanggar penghadang jalan berdekatan Jalan Batu Gajah sehingga mengakibatkan paha kiri terputus.

Khabar angin yang tersebar di laman sosial mengatakan mangsa menaiki basikal laju ketika kejadian adalah tidak benar. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×