Penduduk hidupkan tradisi usung rumah - Utusan Malaysia

Penduduk hidupkan tradisi usung rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA KANGSAR 14 Julai – Lebih 200 orang menghidupkan kembali tradisi memindahkan rumah dengan cara mengusungnya beramai-ramai di Kampung Labu Kabong di sini hari ini.

Jurucakap program tersebut, Meor Samsudin Abu Hassan berkata, rumah yang dipindahkan itu ialah sebuah rumah tradisional yang masih dalam keadaan baik.

Katanya, penduduk mahu rumah lama itu dipelihara untuk tatapan generasi baharu. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Rumah ini dipindahkan ke lokasi baharu kira-kira 150 meter dari tapak asalnya.

“Kira-kira 100 penduduk kampung, pelajar Universiti Teknologi Petronas (UTP) dan Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) serta pelajar pusat tahfiz dari Patani, Thailand terlibat dalam program ini,” katanya.

Kerja-kerja memindahkan rumah tersebut bermula pada pukul 9.30 pagi dan selesai pada pukul 2 petang.

Menurut Meor Samsudin, rumah yang diusung seberat enam tan dan dibuat menggunakan kayu cengal dan meranti yang tahan lama.

“Rumah ini akan ditambah baik dan dijadikan sebagai produk pelancongan di kampung ini,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×