Kos awal LRT 3 sebanyak RM10 bilion sebelum ini tidak cukup - Prasarana - Utusan Malaysia

Kos awal LRT 3 sebanyak RM10 bilion sebelum ini tidak cukup – Prasarana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 14 Julai – Kos sebanyak RM10 bilion bagi pembinaan Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) yang diluluskan oleh kerajaan terdahulu adalah tidak mencukupi.

“Kos RM 10 bilion itu tidak termasuk cukai barang dan perkhidmatan (GST) (sekarang tidak lagi diperlukan), yuran untuk Rakan Kongsi Penyampaian Projek (PDP), kos pembayaran balik PDP, kontinjensi, kos pemilik termasuk sumbangan kepada syarikat utiliti, kos kakitangan, dan lain-lain.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pada 30 Mac 2018, Prasarana secara rasminya meminta kelulusan jaminan bon kerajaan untuk meningkatkan kos sebanyak RM22 bilion lagi kepada RM31.65 bilion,” jelas kenyataan itu di sini hari ini.

Kerajaan baharu pimpinan Pakatan Harapan Khamis lalu mengumumkan pembinaan LRT3 akan diteruskan namun pada kos yang lebih rendah, iaitu RM16.63 bilion, berkurangan 47 peratus berbanding kos asal RM31.65 bilion.

Tambah kenyataan itu, Prasarana menyokong dan akur keputusan kerajaan untuk mengurangkan kos berikutan kekangan kewangan yang dihadapi negara.

“Memandangkan kekangan kewangan yang dihadapi oleh kerajaan, Prasarana bersetuju untuk menghapuskan beberapa stesen bagi mengurangkan kos. Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) juga telah mencadangkan stesen yang boleh dihapuskan yang mempunyai sedikit bilangan penumpang.

“Bagaimanapun, peruntukan telah dibuat untuk stesen baharu yang akan dibina, atau stesen sedia ada yang perlu dinaik taraf berdasarkan pemintaan pada masa akan datang,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×