PM, isteri tiba di Sarawak hadiri majlis perkahwinan cucu Leo Moggie - Utusan Malaysia

PM, isteri tiba di Sarawak hadiri majlis perkahwinan cucu Leo Moggie

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING 14 Julai – Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bersama isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching di sini sebentar tadi.

Rombongan Perdana Menteri yang tiba pada pukul 10.15 pagi disambut oleh Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah  Embas; Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna, Chong Chieng Jen dan Setiasaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Mohd. Morshidi Abdul Ghani.

Ketibaan tiba  Dr. Mahathir dan Dr. Siti Hasmah disambung dengan bacaan doa sebelum dibawa menaiki kenderaan untuk menghadiri majlis akad nikah cucu kepada Pengerusi Tenaga Nasional Berhad, Tan Sri Datuk Amar Leo Moggie Irok di The Cove, Damai, Santubong dekat sini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Walaupun sibuk, Dr Mahathir sanggup meluangkan masa untuk menghadiri majlis perkahwinan  cucu kepada sahabat baiknya iaitu Diana Dayang Moggie-Arriaga dengan pasangannya dipercayai kerabat Diraja Selangor.

Selesai majlis akad nikah, kedua-dua mereka akan bertolak ke Hotel Hilton  di sini untuk berehat, sebelum kembali ke The Cove untuk menghadiri majlis resepsi dan persandingan pada pukul  7.50 malam.

Dr Mahathir bersama isteri akan bermalam dan dijangka mengadakan pertemuan tertutup dengan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg di pejabatnya di Wisma Bapa Malaysia di sini pada pukul 8 pagi esok, sebelum berlepas pulang ke ibu negara.

Ini merupakan lawatan kerja kali pertama Dr Mahathir ke Sarawak sejak dilantik sebagai Perdana Menteri selepas kemenangan Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Ke-14.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×