KUALA TERENGGANU 14 Julai – Kerajaan negeri akan menanggung kos pembiayaan tangan palsu kanak-kanak malang, Nur Zulaikha Khumaira Zulkifli, 7, yang putus lengan kiri dalam kejadian di Kampung Binjai Bongkok, Marang semalam.
Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, sumbangan tersebut diharap dapat membantu murid tahun satu Sekolah Kebangsaan Tasek, Marang itu meneruskan kehidupan seperti biasa.
“Kerajaan negeri bersimpati dan berbesar hati untuk menaja tangan palsu buat adik Khumaira.
Berita berkaitan:
“Saya juga akan meluangkan masa untuk menziarahi beliau dalam masa terdekat,” katanya dalam kenyataan di laman Facebook hari ini.
Ahmad Samsuri turut mendoakan ahli keluarga mangsa tabah dan cekal menerima dugaan berat itu.
Dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 malam itu, mangsa yang dari Kampung Tebakang hanya mengadu sakit dan langsung tidak menangis biarpun turut mengalami luka di kepala dan kaki.
Difahamkan anak sulung daripada dua beradik ini memakai baju sejuk bersaiz besar milik ibunya sebelum pakaian berkenaan terbelit pada rim motosikal yang ditunggangi kakak sepupunya semasa mereka dalam perjalanan ke rumah penghulu kampung yang terletak berhampiran.- UTUSAN ONLINE











