Lagi cubaan guling sultan? - Utusan Malaysia

Lagi cubaan guling sultan?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG, SEBELUM ini sudah beberapa kali penyokong kerajaan menghina raja-raja Melayu termasuk Yang di-Pertuan Agong tetapi tiada tindakan diambil sama ada oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) mahupun Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

PAPARAN portal MalaysianDigest pada 9 Julai lalu.

Kini, portal Malaysian Digest melaporkan peguam dan aktivis Pakatan Harapan, Fadiah Nadwa Fikri mendakwa sistem Raja Berpelembagaan tidak lagi relevan di dalam institusi demokrasi negara dan dianggap ketinggalan zaman.

Memuatkan artikel berkaitan…

Di kala rakyat sudah bangkit ‘merampas kuasa’ daripada parti yang memerintah selama 61 tahun, sistem monarki disamakan Fadiah Nadwa dengan konsep perhambaan.

Fadiah Nadwa dikatakan seorang peguam hak asasi manusia dan juga pelopor gerakan Malaysia Muda.

Saya pasti peguam hak asasi ini juga akan terlepas tanpa sebarang hukuman seperti mana pihak lain dalam media sosial mahupun secara terang-terangan menentang sistem Raja Berpelembagaan masih bebas dan kebal sehingga kini.

Orang Melayu dan rakyat Malaysia yang setia kepada raja-raja Melayu selaku tuan tanah dan pemimpin agama berasa amat kecewa dengan kepemimpinan PDRM dan SKMM yang tunduk kepada tekanan politik daripada mempertahankan institusi raja.

Tidak pelik jika selepas ini hak istimewa orang Melayu dan bumiputera akan turut dipersoal secara terbuka sementara kedudukan Islam juga hampir pasti akan dicabar.

Negara kita semakin ramai golongan peguam liberal yang bukan sahaja buta sejarah dan agama malah menggunakan perundangan Barat untuk mengubah acuan Malaysia mengikut fahaman peribadi mereka tanpa mempedulikan pandangan majoriti.

Tanpa keberanian PDRM dan pemantauan SKMM, adakah lagi peguam Melayu yang berani mempertahankan agama, raja dan bangsa?

DARAH SATRIA

Keramat, Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×