Letupan di loji kimia China ragut 19 nyawa - Utusan Malaysia

Letupan di loji kimia China ragut 19 nyawa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHANGHAI 13 Julai – Seramai 19 orang maut manakala 12 lagi cedera dalam satu letupan di loji kimia pada petang semalam.

Letupan tersebut berlaku di kawasan perindustrian milik Yibin Hengda Technology, tenggara Cheng­du, wilayah Sichuan.

Menurut agensi berita Xinhua, kesemua mang­sa yang tercedera berada dalam keadaan stabil.

Memuatkan artikel berkaitan…

Punca kebakaran masih lagi belum diketahui dan siasatan berhubung kejadian terbabit sedang dijalankan.

Syarikat tersebut yang terlibat dalam pembuatan bahan kimia untuk industri makanan dan farmaseutikal, enggan memberikan sebarang komen.

Beberapa keping foto yang dimuat naik di laman sosial negara itu menunjukkan keadaan api marak dan asap tebal menyelubungi kawasan kebakaran berkenaan.

Kebakaran tersebut ber­jaya dipadamkan pada pu­kul 11.30 malam waktu tempatan.

Menurut laporan Sichuan Daily, loji setinggi tiga tingkat itu ranap akibat kebakaran manakala tingkap di sekitar bangunan berdekatan turut pe­cah ekoran letupan terbabit. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×