JOHOR BAHRU 22 Jun – Siapa yang akan dilantik sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor akan diumumkan minggu depan.
![]() |
|
SUHAIZAN
|
Menteri Besar, Datuk Osman Sapian berkata, pengumuman mengenai perkata itu akan dibuat secara rasmi pada 28 Jun ini.
Beliau memberi bayangan bahawa Naib Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) negeri, Suhaizan Kayat akan dilantik memegang jawatan berkenaan.
Memuatkan artikel berkaitan…
Osman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas berkata demikian pada Sambutan Hari Raya Aidilfitri Parlimen Pulai di Tapak Bazar Ramadan Perling Mall, di sini sebentar tadi. – UTUSAN ONLINE












