Isteri Netanyahu didakwa - Utusan Malaysia

Isteri Netanyahu didakwa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAITULMUQADDIS 22 Jun – Isteri Perdana Menteri Israel, Sara Netanyahu didakwa oleh mahkamah atas tuduhan penyalahgunaan dana negara melibatkan penyediaan makanan di kediaman rasmi mereka, kata Kementerian Keadilan.

Mahkamah mendakwa Sara, bersama dengan pekerja kerajaan melakukan penipuan dengan memperoleh lebih AS$100,000 (RM401,000) untuk beratus-ratus makanan yang dibekalkan oleh restoran sekali gus melanggar peraturan-peraturan yang melarang amalan itu jika tukang masak bekerja di rumah.

Sara didakwa atas penipuan yang lebih berat dan pelanggaran kepercayaan, menurut kertas pendakwaan yang dikeluarkan oleh Kementerian Keadilan kepada media.

Memuatkan artikel berkaitan…

Netanyahu yang turut terlibat dalam satu siri siasatan rasuah, menyifatkan tuduhan terhadap isterinya tidak masuk akal dan tidak berasas. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini