Sepanyol hidupkan peluang ke pusingan kedua - Utusan Malaysia

Sepanyol hidupkan peluang ke pusingan kedua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAZAN ARENA, Rusia 21 Jun – Jurulatih Sepanyol, Fernando Hierro mengakui skuad bimbingannya berdepan saat genting sebelum jaringan Diego Costa menghidupkan kembali peluang mereka ke pusingan kedua Piala Dunia Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2018 dengan menewaskan Iran 1-0 awal pagi ini.

Ini merupakan kemenangan pertama Sepanyol selepas diikat 3-3 oleh Portugal pada aksi pertama peringkat Kumpulan B sebelum ini, sekaligus berjaya mengelak daripada pulang awal dari Rusia.

Sepanyol hampir dikejutkan oleh Iran yang memberi tentangan sengit sepanjang perlawanan termasuk gol penyamaan wakil dari Asia itu pada minit ke-60 yang dibatalkan oleh pengadil selepas Costa menjaringkan gol nasib pada minit ke-54.

Memuatkan artikel berkaitan…

Jika tidak, keputusan seri sudah pasti menyukarkan peluang Sepanyol untuk mara sebaliknya memberi kelebihan yang agak selesa kepada Iran yang terdahulu menang 1-0 ke atas Maghribi pada aksi pertama minggu lalu.

“Kami akhirnya dapat tiga mata. Tetapi ia satu perlawanan yang sukar dan kompleks. Walaupun bermula dengan rentak yang baik tetapi Iran adalah pasukan yang sukar untuk diatasi. Memang sukar untuk membolosi gawang mereka,” kata Hierro tentang corak bertahan yang diamalkan Iran.

Dengan kedua-dua pasukan masih berpeluang untuk mara ke pusingan kedua kalah mati, aksi terakhir peringkat kumpulan akan menjadi penentu pasukan mana yang mampu layak apabila Portugal bertemu Iran dan Sepanyol bertemu Maghribi, Isnin ini. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini