Denmark, Australia sama handal - Utusan Malaysia

Denmark, Australia sama handal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAMARA – Denmark terlepas peluang untuk meraih mata maksimum selepas sekadar seri 1-1 menentang Australia dalam aksi kedua Kumpulan C di Stadium Arena Cosmos malam tadi.

Keputusan itu menyaksikan Denmark yang sebelum ini menewaskan Peru 1-0 dalam aksi pembukaan pada Ahad lalu, mengutip empat mata sepanjang dua perlawanan.

Dalam aksi tersebut, Christian Eriksen terlebih dahulu membuka tirai jaringan seawal minit ketujuh apabila pemain tengah Tottenham Hotspur itu mudah memanfaatkan hantaran Nicolai Joergensen.

Memuatkan artikel berkaitan…

Namun, permulaan sempurna Denmark tidak bertahan lama sebaik pengadil dari Sepanyol, Antonio Mateu memberikan sepakan penalti kepada pasukan yang terkenal dengan jolokan The Socceroos itu.

Pemain-pemain Australia me­nuntut bantuan teknologi sistem Video Bantuan Pengadil (VAR) dan hasilnya, Mateu mendapati bola terkena tangan penyerang Denmark, Yussuf Poulsen dalam kawasan kotak penalti.

Kesempatan itu jelas dimanfaatkan sepenuhnya oleh kapten Australia, Mile Jedinak yang mudah menewaskan penjaga gol Denmark, Kasper Schmeichel pada minit ke-38.

Bersambung pada babak kedua permainan, kedua-dua pasukan terdesak untuk mencari gol kemenangan tetapi keputusan 1-1 kekal sehingga tamat perlawanan.

Denmark bakal menutup kempen Kumpulan C bertemu pasukan pilihan, Perancis, manakala Australia akan menghadapi Peru, Selasa ini. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini