KDN siasat Surah Al-Baqarah disalah cetak - Utusan Malaysia

KDN siasat Surah Al-Baqarah disalah cetak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 21 Jun- Mana-mana individu yang mempunyai maklumat berhubung dakwaan tular dalam media sosial bahawa terdapat aplikasi al-Quran yang menerbitkan Surah Al-Baqarah yang disalah cetak diminta membuat laporan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Kawalan dan Penguatkuasaan Unit Pengurusan al-Quran KDN, Jafri Abdullah berkata, sesiapa yang mempunyai cetakan al-Quran tersebut sama ada dalam bentuk tradisional atau digital diminta menghantar kepada pihak KDN untuk siasatan dan tindakan lanjut kepada penerbit.

“Saya dapati al-Quran ini tidak menggunakan kaedah Rasm Uthmani yang telah ditetapkan oleh Lembaga Pengawalan Pelesenan dan Percetakan al-Quran KDN, justeru al-Quran ini tiada kelulusan Lembaga kami.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kesalahan pada cetakan ini amat besar dan tindakan boleh diambil mengikut Seksyen 14, Akta Percetakan al-Quran (APTQ) 1986,” katanya ketika dihubungi Utusan Online di sini hari ini.

Bliau mengulas lanjut mengenai potongan Surah Al-Baqarah yang disalah cetak dan mula tersebar hari ini menerusi aplikasi WhatsApp.

Mngulas lanjut, Jafri menasihatkan agar orang ramai berhenti menyebarkan gambar surah berkenaan agar tidak menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat Islam.

“rang awam perlu pastikan al-Quran yang dibeli atau digunakan mempunyai cop kelulusan Lembaga Pengawalan Pelesenan dan Percetakan al-Quran KDN,” katanya. -UTUSAN ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini