SEREMBAN – Pejabat Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rahang, Mary Josephine Prittam Singh di Jalan Rasah di sini dipecah masuk pencuri dipercayai awal pagi ini.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Thiew Hock Poh berkata, kejadian malang itu dilaporkan kepada polis oleh pembantu peribadi ADUN tersebut yang berusia 36 tahun pada pukul 11.10 pagi.
Menurutnya, pengadu mendapat tahu berhubung kejadian itu pada pukul 9 pagi.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Kerugian yang dialami adalah wang tunai lebih kurang RM3,000 dan sistem pembesar suara. Anggaran kerugian bernilai RM4,000.
“Pihak polis kini berusaha mengesan dan menangkap suspek terlibat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan. – K! ONLINE











