Dua lelaki ditemui lemas, seorang lagi masih hilang - Utusan Malaysia

Dua lelaki ditemui lemas, seorang lagi masih hilang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAIPING – Dua lelaki termasuk seorang remaja yang dilaporkan hilang ketika memancing di perairan Kuala Sangga, Teluk Kertang, Matang di sini sejak kelmarin ditemui lemas pagi tadi. 

Mangsa, Beh Liang Tik, 49, ditemui nelayan kira-kira pada pukul 8 pagi manakala mayat Low Eng Chuan, 19, dijumpai setengah jam kemudian. 

Difahamkan, kedua-dua mereka menaiki sampan ke laut bersama seorang lagi mangsa iaitu anak Liang Tik, Beh Chun Hui, 16. 

Memuatkan artikel berkaitan…

Bagaimanapun, sehingga kini Chun Hui masih belum dijumpai. 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Taiping, Rafeel Hairul Richard berkata, kesemua mangsa dilaporkan hilang sejak kelmarin dan operasi mencari dilakukan oleh penduduk kampung terlebih dahulu sebelum mereka memaklumkan kepada pihaknya. 

“Selepas mendapat maklumat tersebut pada pukul 8.25 pagi, sepasukan sembilan anggota bergegas ke lokasi kejadian bagi melakukan operasi mencari dan menyelamat. 

“Mayat kedua-dua mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut sementara operasi mencari seorang lagi mangsa masih diteruskan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini