TIGARAS 20 Jun – Jumlah mangsa yang hilang akibat feri karam di Danau Toba meningkat daripada 130 orang kepada 180 orang, melebihi jangkaan awal.
Menurut Ketua Agensi Mencari dan Menyelamat Nasional (BASARNAS), Budiawan, jumlah baharu mangsa yang hilang itu adalah tiga kali ganda daripada jumlah muatan feri terbabit.
Beliau berkata, setakat ini seramai 18 mangsa berjaya diselamatkan manakala dua mayat telah ditemukan.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Berdasarkan data yang diperoleh kami kini mencari seramai 180 mangsa,’’ katanya sambil menambah lebih ramai penduduk yang tampil untuk melaporkan mangsa yang hilang. – Reuters











