Sampaoli terlibat insiden gangguan seksual? - Utusan Malaysia

Sampaoli terlibat insiden gangguan seksual?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW 19 Jun – Pengendali Argentina, Jorge Sampaoli dituduh terlibat de­ngan kesalahan seksual yang menyebabkan kempen Piala Dunia skuad kendaliannya berdepan krisis.

Presiden Persatuan Bola­sepak Amerika Selatan, Claudio Tapia didesak untuk menafikan perkara itu yang menyaksikan jurulatih berusia 58 tahun itu dituduh mencabul seorang kakitangan wa­nita yang sudah berkahwin.

“Ada sahaja perkara berlaku setiap hari yang menjejaskan seseorang.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya percaya kepada kejujuran jurulatih kami dalam isu ini.

“Saya mengenalinya secara peribadi dan saya akan terus memberikan sokongan kepadanya.

“Individu yang terlibat dalam hal ini memiliki anak dan suami, tetapi tidak tahu apa akan berlaku sekiranya isu ini adalah melibatkan peni­puan,” katanya.

Sampaoli yang menjulang kejuaraan Copa America bersama Chile pada 2015 dipilih mengetuai Argentina selama setahun selepas meninggalkan tugasannya bersama Sevilla.

Argentina yang juga juara dua kali berdepan situasi memalukan selepas terikat seri 1-1 dengan Iceland dalam perlawanan pembukaan, semalam.

Lionel Messi gagal menyem­purnakan sepakan penalti untuk memberikan tiga mata penuh kepada Argentina selepas percubaannya diselamatkan penjaga gol Iceland, Hannes Halldorsson. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini