Aidilfitri tiada makna buat keluarga mangsa tetak - Utusan Malaysia

Aidilfitri tiada makna buat keluarga mangsa tetak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAGAN DATUK 16 Jun – “Raya tahun ini tidak ada makna bagi kami sekeluarga kerana hanya ter­kenangkan anak-anak yang telah pergi buat selama-lamanya.”

Itu yang dirasai seorang ibu, Zuraidah Md. Ali, 35, selepas tiga anaknya maut ditetak dengan parang oleh seorang lelaki pada 1 Ramadan lalu.

Menurutnya, walaupun reda dengan kehilangan anaknya itu, dia mengakui sukar untuk mene­rima hakikat bahawa mereka mati dalam keadaan begitu tragik.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pada tahun lepas, seminggu lagi hendak berhari raya, kami anak-beranak sudah siap membeli baju raya dan kuih raya ke­gemaran.

“Kami semua memakai baju raya berwarna hijau, namun raya tahun ini, tiada lagi riuh ketawa didengari. Hanya menitiskan air mata dan derita itu masih terasa,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Kampung Sungai Haji Muhammad, di sini baru-baru ni.

Pada 17 Mei lalu, tiga beradik iaitu Mohammad Faqhqih Zahi­rulhaq Mohd. Fadzil, 5, Nur Ziah Fasihah, 2, dan Muhanmad Firash Zaffril, 3, maut akibat ditetak dengan parang oleh seorang lelaki yang menceroboh masuk ke dalam rumah mereka.

Dalam kejadian itu, Zuraidah turut mengalami kecederaan parah di tangan dan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur manakala kakak sulung mangsa, Nur Zuryn Faziera, 9, serta bapa mangsa, Mohd. Fadzil Mohammad, 34, cedera ringan.

Dalam pada itu, Zuraidah berkata, dia menerima ujian Ilahi itu dengan hati terbuka dan berhasrat untuk membina hidup baharu selepas ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini