JAKARTA 13 Jun – Sekurang-kurangnya 15 orang terkorban apabila dua buat bot karam di perairan Indonesia, kata pihak berkuasa, dan pasukan penyelamat masih meneruskan usaha mencari puluhan mangsa yang hilang.
Sebuah bot panjang yang membawa kira-kira 43 penumpang karam di Makasar di kepulauan Sulawesi, menyebabkan sebanyak 13 maut selain sebuah bot laju yang membawa sebanyak 30 penumpang karam di Sumatra Selatan yang mengorbankan sekurang-kurangnya dua orang.
Kemalangan feri adalah lazim di Indonesia, terutama semasa perayaan Aidilfitri apabila jutaan rakyat negara berkenaan pulang ke kampung halaman melalui jalan darat, laut dan udara. -REUTERS
Memuatkan artikel berkaitan…











