IPOH 13 Jun – Jari telunjuk tangan kanan seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun hancur manakala tapak tangannya melecur teruk akibat bermain mercun bola di rumahnya di Malim Nawar, semalam.
Kejadian berlaku kira-kira pukul 5 petang ketika mangsa bermain mercun berkenaan bersama adiknya di halaman rumah.
Mangsa yang ketika itu sedang cuba membakar mercun tersebut terkejut apabila ia secara tiba-tiba meletup di tapak tangan kanannya.
Memuatkan artikel berkaitan…
Akibat letupan tersebut, tapak tangan kanan mangsa melecur teruk dengan jari telunjuknya hancur.
Kanak-kanak itu dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini untuk rawatan lanjut dan keadaannya kini dilaporkan stabil. – UTUSAN ONLINE











