Saya hanya mahu ucap ‘selamat hari raya’ pada Daim - A. Kadir Jasin - Utusan Malaysia

Saya hanya mahu ucap ‘selamat hari raya’ pada Daim – A. Kadir Jasin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 13 Jun – Kedatangan bekas Ketua Media dan Komunikasi bagi Jawatankuasa Peralihan Majlis Penasihat Kerajaan, Datuk A. Kadir Jasin di pekarangan Menara Ilham di sini, pagi tadi menimbulkan seribu persoalan adakah tokoh wartawan itu telah kembali memegang semula jawatan yang dilepaskan pada Sabtu lalu.

Walau bagaimanapun, beliau yang ditemui pemberita berkata, tujuan kedatangannya adalah untuk bertemu dengan Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan, Tun Daim Zainuddin bagi mengucapkan ‘Selamat Hari Raya Aidilfitri’.

Katanya, keputusan untuk meletakkan jawatan berkenaan adalah pilihannya sendiri sebagai seorang wartawan dan tidak dipaksa atau dipengaruhi oleh mana-mana pihak.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Malaysia merupakan sebuah negara yang bebas dan saya boleh berada di mana-mana sahaja.

“Saya di sini cuma untuk mengucapakan selamat hari raya kepada Tun (Daim),” katanya ringkas. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini