JPJ laksana operasi khas motosikal sempena Aidilfitri - Utusan Malaysia

JPJ laksana operasi khas motosikal sempena Aidilfitri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan mengadakan operasi khas motosikal secara besar-besaran seluruh negara sempena Hari Raya Aidilfitri yang akan bermula pada malam ini sehingga esok malam.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Shaharuddin Khalid berkata, operasi khas itu adalah untuk memastikan penunggang motosikal memiliki lesen serta motosikal mereka boleh digunakan dengan selamat ketika pulang berhari raya.

Katanya, motosikal adalah antara penyumbang kemalangan yang tinggi pada musim perayaan Hari Raya Aidilfitri setiap tahun. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pada tahun lepas sahaja kemalangan melibatkan motosikal sahaja dianggarkan sebanyak 60 sehingga 65 peratus dan ia agak membimbangkan,” katanya pada sidang akhbar selepas membuat pemeriksaan bas ekspres dalam op hari raya di Terminal Bersepadu Selatan, Sungai Besi di sini.

Shaharuddin berkata, dalam tempoh dua minggu hari raya akan datang ini, JPJ akan bertugas 24 jam serta menempatkan pegawainya di 47 kamera awas di kawasan yang kerap berlaku kemalangan di seluruh negara.

Selain itu, JPJ juga akan menempatkan anggota untuk menyamar sebagai penumpang bas ekspres bagi memantau pergerakan pemandu bas jika mereka melakukan kesalahan.

“Usaha ini adalah sebagai untuk memantau mereka (pemandu bas ekspres) jika memandu dalam keadaan mengantuk atau merokok ketika memandu boleh dikenakan saman apabila mereka tiba di destinasi,” katanya. – Bernama 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini