KUALA LUMPUR 12 Jun – Aset yang dirampas daripada 1Malaysia Development Bhd. (1MDB) akan digunakan untuk menjana pendapatan dan dikembalikan kepada Malaysia secepat yang mungkin, kata Menteri Kewangan, Lim Guan Eng menerusi akaun Twitter beliau selepas mengadakan mesyuarat dengan Duta Amerika Syarikat (AS) di Malaysia, Kamala Shirin Lakhdhir.
Meeting up with Ambassador of US to Malaysia, Kamala Shirin Lakhdhir where we discussed matters of importance to the substantial American investments and corporations here. She reassured me that assets seized from 1MDB will be monetized & returned to Malaysia as early as possible pic.twitter.com/qCT930riXm
— Lim Guan Eng (@guanenglim) June 12, 2018
Memuatkan artikel berkaitan…
Semasa mesyuarat itu, kedua-dua pihak membincangkan perkara penting berkaitan pelaburan dan firma AS yang besar di Malaysia.
“Beliau (Kamala Shirlin) memberi jaminan kepada saya bahawa aset yang dirampas daripada 1MDB akan digunakan untuk menjana pendapatan dan dikembalikan kepada Malaysia secepat yang mungkin,” katanya.
Sejak melaporkan diri sebagai menteri kewangan pada 22 Mei, Lim mendedahkan bahawa kerajaan mengeluarkan wang, berjumlah RM6.9 bilion untuk membayar hutang 1MDB sejak April 2017.
Beliau juga memaklumkan bahawa negara mempunyai hutang sebanyak RM1 trilion setakat 31 Dis, 2017 yang termasuk RM686.8 bilion hutang kerajaan Persekutuan dan RM199.1 bilion dalam bentuk jaminan kerajaan yang akan dibayar bagi mewakili entiti yang gagal membayar hutang mereka. – BERNAMA










