Pembahagian sumbangan kepada waris Tahfiz Ittifaqiyah selepas Aidilfitri - Pengetua - Utusan Malaysia

Pembahagian sumbangan kepada waris Tahfiz Ittifaqiyah selepas Aidilfitri – Pengetua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Pengagihan wang sumbangan kepada waris mangsa yang meninggal dan cedera dalam kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Datuk Keramat dijangka dapat dilakukan selepas Hari Raya Aidilfitri.

Pengetua Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Mohd. Zahid Mahmood berkata, beliau telah dimaklumkan proses pengauditan wang sumbangan susulan kebakaran yang berlaku pada 14 Septmber tahun lalu itu baru selesai semalam.

“Semalam saya diberitahu urusan audit telah selesai dan saya sudah maklumkan kepada ibu bapa menerusi aplikasi WhatsApp bahawa selepas raya, kita akan panggil dan agihkan kepada keluarga sebagaimana yang dijanjikan,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Tragedi kebakaran pusat tahfiz yang terletak di Kampung Datuk Keramat di sini, yang berlaku pada pukul 5.15 pagi 14 September tahun lalu itu menyebabkan seramai 21 pelajar dan dua tenaga pengajar maut selepas terperangkap di dalam kebakaran bangunan sementara pusat tahfiz berkenaan.

Mohd. Zahid, yang juga merupakan Presiden Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Kebangsaan (Pinta) berkata, beliau sendiri tidak mengetahui jumlah sumbangan yang dikutip namun menganggarkan jumlah melebihi RM7.6 juta. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini