Dr. Mahathir pertahan tindakan CEP memanggil dua hakim - Utusan Malaysia

Dr. Mahathir pertahan tindakan CEP memanggil dua hakim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO – Tun Dr. Mahathir Mohamad mempertahankan tindakan Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) yang dilaporkan memanggil untuk berjumpa dua hakim baru-baru ini.

Bercakap kepada media Malaysia pada hari terakhir lawatan kerja tiga hari beliau ke Jepun, di sini pada Selasa, Perdana Menteri berkata, pada pandangan beliau, CEP tidak melanggari bidang kuasanya.

“Saya tidak fikir begitu. Mereka mempunyai hak untuk bercakap dengan begitu ramai orang yang pada hari ini tidak bersalah sebab mereka masih belum didakwa, Tetapi mereka boleh memberi maklumat yang akan membolehkan kami mengambil tindakan ke atas ramai orang.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Jika kamu tidak boleh bercakap dengan mereka (CEP), kamu tidak boleh mencadangkan kepada mereka apa yang baik untuk mereka, maka seluruh kumpulan Majlis Penasihat ini seharusnya dibubarkan,” katanya.

Laporan menyebut bahawa Pengerusi  CEP, Tun Daim Zainuddin menerima kecaman hebat kerana didakwa memanggil Ketua Hakim Negara, Tan Sri Md. Raus Sharif dan Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin supaya menghadiri satu pertemuan, di mana beliau mendesak mereka meletak jawatan. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini