Litrak umum 50 peratus diskaun tol sempena Aidilfitri - Utusan Malaysia

Litrak umum 50 peratus diskaun tol sempena Aidilfitri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Kumpulan Lingkaran Trans Kota Sdn. Bhd. (Litrak) menawarkan 50 peratus diskaun tol kepada semua kelas kenderaan bagi kedua-dua pengguna Lebuh Raya Damansara-Puchong (LDP) dan Lebuh Raya SPRINT bersempena Aidilfitri yang bakal tiba.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Litrak, Sazally Saidi dalam kenyataannya hari ini berkata, diskaun tol itu akan dinikmati pengguna bermula pukul 12 tengah malam esok (13 Jun) dan berakhir pada pukul 11.59 malam (14 Jun).

“Kami memahami keperluan pulang beraya ke kampung halaman dan menguruskan hal yang berkaitan. Oleh itu, kami berharap menerusi langkah ini, kita dapat bersama-sama berkongsi kegembiraan menyambut dan menyemarakkan Syawal,” katanya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Melalui insentif diskaun tol ini, ia dianggarkan memanfaatkan hampir 1.5 Juta pengguna di kedua-dua LDP dan Lebuh Raya Sprint.

Sazally berkata, sejak tahun 2010, Litrak telah memberikan diskaun tol ketika musim perayaan utama Malaysia sebanyak RM11.67 juta kepada 13.6 Juta pengguna LDP dan RM1.04 Juta kepada 5.2 juta  pengguna Lebuhraya Sprint.

Litrak turut mengucapkan selamat menyambut Aidilfitri dan menasihati pengguna jalan raya agar mengamalkan pemanduan yang selamat. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini