Diskaun tol 50 peratus di LDP, Sprint tengah malam ini - Utusan Malaysia

Diskaun tol 50 peratus di LDP, Sprint tengah malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 12 Jun – Kira-kira 1.5 juta pengguna Lebuh Raya Damansara -Puchong (LDP) dan Lebuh Raya Sprint bakal menikmati diskaun tol yang ditawarkan Kumpulan Lingkaran Trans Kota Sdn. Bhd. (Litrak) bermula pada pukul 12.01 tengah malam ini hingga 11.59 malam pada Khamis ini.

SAZALLY SAIDI

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Sazally Saidi berkata, diskaun tol sebanyak 50 peratus itu diberikan kepada pengguna di kedua-dua lebuh raya bagi semua kelas kenderaan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri pada Jumaat ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kami memahami keperluan orang ramai untuk pulang beraya ke kampung halaman bersama keluarga.

“Diharapkan pemberian diskaun ini dapat memeriahkan lagi Syawal yang bakal tiba,” katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini