PUTRAJAYA 12 Jun – Kementerian Pengangkutan masih belum menerima sebarang cadangan pembukaan lapangan terbang baharu, kata Menterinya, Anthony Loke Siew Fook.
“Tiada permohonan juga diterima kementerian untuk memperbesarkan Lapangan Terbang Tioman, Pahang,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Berhubung projek Kereta api Laju Kuala Lumpur-Singapura (HSR), Anthony beliau, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng; Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Perdana Menteri akan ke Singapura untuk berunding perkara tersebut.
Sementara itu, beliau berkata, kementerian tidak akan menentang inisiatif-inisiatif swasta termasuk Zon Perdagangan Bebas Digital (DFTZ).
“Kita hanya akan mengumumkan projek yang akan dikaji semula atau dibatalkan. Kementerian tidak mempunyai isu tentang penerusan inisiatif swasta seperti DFTZ,” katanya. – UTUSAN ONLINE











