Pasar tani khas di seluruh negara hingga Khamis ini - Utusan Malaysia

Pasar tani khas di seluruh negara hingga Khamis ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU – Lembaga  Pemasaran  Pertanian Persekutuan (Fama) mengadakan Program Jualan Jimat Belanja Aidilfitri atau Pasar Tani Khas di 724 pasar tani di seluruh negara selama seminggu yang bermula Jumaat lepas.

Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) Fama, Mansor Omar berkata, ia bagi memberi kemudahan kepada pengguna untuk mendapatkan pelbagai barangan keperluan harian untuk menyambut Aidilfitri pada hujung minggu ini.

“Pasar Tani Khas yang diwujudkan inni diharap menjadi pilihan utama kepada pengguna untuk mendapatkan barangan keperluan segar dan mentah seperti daging, ayam dan sayur-sayuran.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Selain itu juadah Aidilfitri seperti ketupat, rendang, lemang dan kuih juga ada dijual di pasar ini. Kita memberi jaminan barangan di sini adalah lebih segar, berkualiti dan dengan harga berpatutan berbanding di pasar raya dan kedai runcit sedia ada,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Jualan Jimat Belanja Aidilfitri di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Tunjong di sini, hari ini. – Bernama

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini