Polis geledah kuarters dipercayai simpan barang bekas Perdana Menteri - Utusan Malaysia

Polis geledah kuarters dipercayai simpan barang bekas Perdana Menteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Sepasukan anggota daripada Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman melakukan pemeriksaan terhadap sebuah rumah kuarters berhubung siasatan terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Precint 10 di sini hari ini. 

Difahamkan kuarters yang terletak berhadapan dengan Seri Perdana, iaitu kediaman rasmi Perdana Menteri tersebut telah diperiksa oleh pihak polis sejak beberapa hari lalu dan dipercayai mempunyai barangan milik Najib. 

Turut kelihatan pihak polis membawa keluar beberapa kotak yang tidak diketahui kandungannya ke dalam sebuah van. 

Memuatkan artikel berkaitan…

Polis tiba di kediaman tersebut dengan menaiki empat buah kereta polis kira-kira pukul 1.20 petang tadi. 

Menurut jiran yang enggan dikenali, rumah itu telah ditinggalkan sejak setahun lalu dan kali terakhir ia dihuni oleh bekas Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri, Tan Sri Shukry Mohd. Salleh. 

Sebelum menjawat jawatan Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri, Shukry pernah meme­gang beberapa jawatan penting dalam perkhidmatan kerajaan an­taranya sebagai Penolong Setiausaha Kementerian Pertahanan, Setiausaha Jawatankuasa Keselamatan Sabah, Pengarah Jabatan Pendaftaran Perak, Pengarah Pejabat Pembangunan Kelantan, Pengu­rus Besar Lembaga Kemajuan Ke­lantan (Kesedar) dan Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pe­lak­sanaan (UPP) Jabatan Perdana Menteri.

Shukry kemudian dilantik sebagai Pe­nge­rusi Bank Rakyat pada tahun 2016. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini