Aksi Liga M dalam bulan Ramadan tidak sesuai bagi pemain tempatan  - Utusan Malaysia

Aksi Liga M dalam bulan Ramadan tidak sesuai bagi pemain tempatan 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU – Beraksi dalam perlawanan kompetitif pada bulan puasa sudah menjadi kebiasaan bagi pemain bola sepak dari Asia Barat namun keadaan itu mungkin tidak sesuai bagi pemain tempatan.

Pendapat itu diluahkan Ketua Jurulatih Terengganu Football Club 1 (TFC 1), Irfan Bakti Abu Salim apabila diminta mengulas mengenai aksi Liga Malaysia (Liga M) 2018 melibatkan saingan Liga Super dan Liga Premier yang terpaksa diteruskan pada bulan Ramadan ini.

Irfan berkata, beberapa faktor perlu diambil kira yang menyebabkan perkara itu perlu dikaji semula oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada musim depan termasuk membabitkan aspek kesihatan dan prestasi serta stamina pemain.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sebelum ini kita ketahui negara seperti Oman, Arab Saudi dan Qatar beraksi pada bulan puasa dan kita pun pernah berlatih di sana dahulu tetapi pada saya budaya kita tidak sesuai terutama perlawanan hanya dimulakan pada pukul 10 malam, ia tidak berapa baik untuk kesihatan pemain.

“Jadi kita mohon FAM ubah jadual perlawanan untuk musim depan supaya tiada perlawanan dijalankan pada bulan puasa,” katanya kepada pemberita baru-baru ini. – Bernama 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini