Masih menanti guru bahasa Melayu - Utusan Malaysia

Masih menanti guru bahasa Melayu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUDAH dua minggu berlalu, pelajar tingkatan enam bawah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Cyberjaya tidak dapat belajar subjek bahasa Melayu kerana ketiadaan guru untuk mengajar subjek tersebut.

Saya difahamkan bahawa pihak Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Sepang dan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor akan menghantar guru untuk mengajar subjek bahasa Melayu ke sekolah tersebut tetapi hingga ke hari ini masih tiada perkembangan.

Di daerah lain, contohnya Sabak Bernam, guru subjek bahasa Melayu sudah berlebihan. Bilangan pelajar yang mengambil subjek tersebut pun tidak seramai di SMK Cyberjaya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bilakah agaknya guru tersebut akan sampai? Allah SWT sahajalah yang maha mengetahui. Apakah masalah yang dihadapi oleh pihak kementerian hingga guru tersebut tidak dapat dihantar ke SMK Cyberjaya?

Saya sangat berharap agar Menteri Pendidikan yang baharu dapat mengatasi masalah ini.

AMIRUDDIN ISMAIL

Dengkil, Selangor

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini