Trump tiba di Singapura - Utusan Malaysia

Trump tiba di Singapura

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA 10 Jun- Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump tiba di Singapura menjelang sidang kemuncak bersejarah dengan pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong-un berhubung masa depan senjata nuklear Pyongyang.

Trump tiba di Pangkalan Udara Paya Lebar dengan Pesawat Air Force One dalam usaha untuk meletakkan asas bagi perjanjian nuklear dengan musuh lamanya sebelum ini.

Trump tiba beberapa jam selepas Jong-un dan kedua-duanya akan bertemu di sebuah resort di Pulau Sentosa pada Selasa bagi sidang kemuncak bersejarah, perbincangan pertama kali antara kedua-dua pemimpin itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pertemuan empat mata ini diluar jangkaan akan berlaku selepas kedua-duanya mengeluarkan kenyataan menghina dan mengancam antara satu sama lain sehingga menimbulkan ambang peperangan tahun lalu.

Bagaimanapun, satu siri tawaran diplomatik yang melibatkan Korea Utara, Korea Selatan dan Amerika Syarikat telah meredakan ketegangan dan mendorong Trump pada Mac lalu untuk segera menerima jemputan Jong-un untuk bertemu.-REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini