Bukan jual mahal – Aiman Tino - Utusan Malaysia

Bukan jual mahal – Aiman Tino

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 10 Jun- Penyanyi popular, Aiman Tino tidak mahu dilabel sebagai artis jual mahal kerana terpaksa menolak beberapa tawaran berlakon disebabkan kekangan masa.

Jelasnya, kerjaya sebagai penyanyi menuntut komitmen yang tinggi sementelah dia belum bersedia untuk menceburi bidang lakonan walaupun mendapat pujian peminat yang suka dengan lakonannya.

“Ramai artis senior menasihatkan saya supaya jangan tergopoh gapah dalam mencuba bidang lakonan. Saya juga mahu fokus untuk terus mengukuhkan nama sebagai penyanyi. Banyak lagi yang saya perlu belajar.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ada tolak beberapa tawaran tetapi saya rasa mereka faham sebab komitmen saya sebagai penyanyi. Lepas raya pun saya akan sibuk mempromosikan lagu baharu,” katanya.

Dalam pada itu, Aiman juga menolak aidaian segelintir pihak yang mendakwa dia sebenarnya takut insiden ditampar pelakon senior ketika latihan drama Mak Cun berulang kembali.

“Saya rasa isu itu sudah lama selesai. Saya tidak ada masalah untuk ditampar ketika latihan. Saya budak baru belajar, itu semua demi kebaikan sendiri,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini