Polis rampas dadah sintetik bernilai RM15,135 - Utusan Malaysia

Polis rampas dadah sintetik bernilai RM15,135

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEBERANG PERAI – Polis daerah Seberang Perai Utara (SPU) merampas sejumlah dadah sintetik bernilai RM15,135 dalam satu serbuan di sebuah rumah di Jalan Raja Uda, Butterworth di sini semalam.

Dalam operasi kira-kira pukul 6 pagi oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah SPU itu, pihak polis turut menahan seorang lelaki berusia 21 tahun bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah SPU, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor dalam satu kenyataan sebentar tadi berkata, pihaknya merampas 70 keping foil berwarna merah dan perak mengandungi 700 biji pil disyaki eramin 5 serta 80 biji pil disyaki ekstasi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurutnya, serbuan itu turut menemui satu paket plastik lutsinar yang mengandungi bahan disyaki dadah jenis ketamin seberat 26 gram (g) dan satu peket plastik berisi dadah disyaki syabu (0.5g). – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini