Beri orang lain pimpin UMNO - Utusan Malaysia

Beri orang lain pimpin UMNO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU – Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas Timbalan Presiden, Datuk Seri Hi­shammuddin Tun Hussein mengesahkan tidak akan bertanding pada pemilihan parti itu bagi sesi 2018-2021 di peringkat pusat pada 30 Jun ini.

Hishammuddin berkata, beliau telah mengadakan perbincangan dengan Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas Presiden parti, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Pengerusi Badan Perhubu­ngan UMNO negeri, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berhubung keputusan itu.

“Mereka faham dan menghormati keputusan tersebut. Saya akan terus menyumbang kepada parti dan akan be­kerja dengan lebih keras untuk membantu membangunkan semula UMNO bermula dari Johor.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pada masa yang sama, saya berikrar akan terus setia bersama parti dan memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada barisan kepimpinan baharu yang bakal dipilih,” katanya pada sidang akhbar selepas mesyuarat UMNO Bahagian di Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini