Wajah baharu pusat jualan 4S Proton - Utusan Malaysia

Wajah baharu pusat jualan 4S Proton

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM 8 Jun – Proton memperkenalkan wajah baharu imej korporat pusat jualannya bertaraf 4S (jualan, alat ganti, servis dan survei) milik Setia Gemilang Auto Sdn. Bhd. sebagai yang pertama dalam usaha memberikan perkhidmatan lebih selesa kepada pelanggannya.

Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dr. Li Chunrong berkata, penaiktarafan cawangan itu mampu menempatkan ruangan lebih besar terutama ketika sedang menyelenggara kereta, ruangan cat dan ketuk yang banyak serta ruangan me­nunggu pelanggan selesa.

Menurutnya, pembaharuan yang dilakukan itu menandakan satu standard yang baharu untuk memastikan platform bagi jualan dan perkhidmatan adalah selari dengan model perniagaan syarikat.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Aktiviti penambahbaikan cawangan 4S dan 3S baharu yang sedang berjalan dengan lancar terutama hasil usaha sama yang sangat baik yang dipamerkan oleh pengedar-pengedar bersama pasukan dari Proton.

“Penambahbaikan yang dilakukan akan menarik lebih ramai pengunjung untuk hadir ke cawangan selain bahagian dalaman dan luarannya berwarna-warni yang mampu mewujudkan suasana ceria dan lebih moden,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, tambah Dr. Li, aktiviti menaik taraf cawangan kini sedang mencapai sasaran 75 peratus dalam masa lima bulan.

“Kita akan menaik taraf 109 cawangan berstatus 3S dan 4S selewat-lewatnya pada Oktober ini sebagai persediaan tibanya model SUV akan datang.

“Sehingga 31 Mei lalu, syarikat mempunyai 82 cawangan yang telah bersedia untuk dinaik taraf kepada 3S dan 4S. Malah, pencapaian 75 peratus dalam tempoh tersebut juga melebihi sasaran ia­itu dua bulan lebih awal daripada yang dijadualkan,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini