Halep enggan kecewa lagi - Utusan Malaysia

Halep enggan kecewa lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS – Pemain No. 1 dunia, Simona Halep enggan lagi me­ngulangi episod hitam musim lalu pada aksi final Terbuka Perancis menentang Sloane Stephen malam ini.

Atlet berusia 26 tahun berkenaan meraih kemenangan bergaya dengan menumbangkan juara 2016 yang juga pemain pilihan ketiga, Garbine Muguruza dari Sepanyol dengan 6-1, 6-4 kelmarin.

Kejayaan tersebut bukan sahaja meletakkan pemain Romania itu selangkah lagi menghampiri impian­nya me­raih gelaran Grand Slam pertama, malah me­ngukuhkan kedudukannya di ranking pertama dunia.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bagaimanapun, dia enggan terlalu yakin selepas tumbang kepada Jelena Ostapenko yang mencipta kejutan sebagai pemain Latvia wanita pertama merangkul gela­ran Grand Slam Terbuka Perancis tahun lalu.

“Kini, saya diberi peluang sekali lagi untuk berada di pentas final Terbuka Perancis. Saya berharap dapat beraksi lebih baik dan tidak me­ngulangi lagi kesilapan tahun lalu.

“Saya pernah tewas di pentas final kejohanan besar sebanyak tiga kali. Tapi, saya percaya pe­ngalaman akan mematangkan saya dalam permainan. Saya tak pasti sekiranya mampu mengubah kesudahan esok (hari ini) dengan kemena­ngan.

“Saya akan kekal dengan rutin saya. Dalam tenis, tiada apa yang mustahil, saya mahu berfikiran positif,” katanya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini