3 bidang tumpuan kerjasama Malaysia-Jepun - Utusan Malaysia

3 bidang tumpuan kerjasama Malaysia-Jepun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 8 Jun – Hubungan dalam bidang ketenteraan, pendidikan dan pelaburan antara Malaysia dan Jepun merupakan aspek perbincangan Duta Jepun ke Malaysia, Dr. Makio Miyagawa dengan Majlis Penasihat Kerajaan dalam satu perjumpaan, hari ini.

Miyagawa berkata, meskipun masih terlalu awal untuknya memberi kenyataan lebih lanjut, beliau optimis hubungan kedua-dua negara akan menjadi lebih kukuh menerusi kerjasama yang sedang dirancang itu.

“Antara Jepun dan Malaysia, kita mempunyai hubungan bila­teral dalam bidang ekonomi dan kini kita akan lihat dengan lebih meluas mengenai apa yang boleh kita kembangkan untuk dimanfaatkan kedua-dua negara.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Selain itu, Jepun akan melihat semula bidang pelaburan dengan Malaysia yang dapat kita lakukan kerjasama,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan, Tun Daim Zainuddin di sini, hari ini.

Tambah Miyagawa, Jepun optimis untuk meneruskan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) dan pada masa sama menyokong penglibatan Malaysia dalam Rundingan Kerjasama Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP).

Katanya, Jepun masih mempunyai harapan tinggi untuk perjanjian TPP meskipun Amerika Syarikat (AS) telah menarik diri daripada perjanjian tersebut.

“TPP telah dipersetujui oleh 11 buah negara, jadi kita masih mempunyai harapan tinggi untuk mekanisme perdagangan rentas sempadan kerana ia mempunyai masa depan yang sangat baik.

“Kedua-dua TPP dan RCEP sama pentingnya dan Jepun melihat ini adalah antara kerjasama ekonomi yang dapat merancakkan ekonomi kedua-dua negara,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini