Kerja penyelenggaraan jalan dihentikan ketika Hari Raya - Utusan Malaysia

Kerja penyelenggaraan jalan dihentikan ketika Hari Raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Kerja-kerja penyelengaraan dan pembinaan di jalan persekutuan dan jalan negeri akan dihentikan selama dua minggu bermula hari ini bagi mengurangkan risiko kemalangan membabitkan pengguna jalan raya ketika menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Jabatan Kerja Raya (JKR) dalam kenyataan hari ini berkata, sehingga 22 Jun ini semua jentera atau peralatan penyelengaraan juga dialih jauh dari bahu jalan bagi membantu melancarkan pergerakan lalulintas yang dijangka mengalami peningkatan aliran kenderaan sempena sambutan hari raya.

Namun dalam tempoh itu kerja-kerja menampal jalan berlubang, kecemasan dan kritikal serta kerja pembinaan di luar rizab jalan adalah dikecualikan dan tetap diteruskan, kata kenyataan itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurutnya, JKR juga telah menubuhkan pasukan peronda bagi memantau sebarang kerosakan jalan dan kemalangan sepanjang tempoh Ops Bersepadu yang berlangsung selama dua minggu itu termasuk membuat penyelarasan bersama polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan serta memberi khidmat nasihat teknikal dan bantuan lain berkaitan pengurusan lalu lintas.

Kata kenyataan itu, sepanjang tempoh Ops Bersepadu,  Had Laju Kebangsaan di jalan persekutuan juga diturunkan dari 90 kilometer sejam (km/j) kepada 80 km/j. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini