Dua bekas pegawai kanan Felda dijel - Utusan Malaysia

Dua bekas pegawai kanan Felda dijel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Dua bekas pegawai kanan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) masing-masing dipenjara lima dan dua tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini sebentar tadi.

Mereka masing-masing disabitkan dua pertuduhan melakukan pecah amanah dan bersubahat melibatkan dana Felda lebih RM47 juta, empat  tahun lalu.

Hakim Allaudeen Ismail menjatuhkan hukuman penjara lima tahun terhadap bekas Timbalan Pengarah Besar Sumber Strategik, Muhammad Sufi Mahbub, 54, dan penjara dua tahun terhadap bekas Pengarah Besar, Datuk Faizoull Ahmad, 58, selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah pada akhir  pembelaan kes itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dalam penghakimannya, Allaudeen berkata keputusan itu dibuat selepas mahkamah meneliti semua keterangan yang diberikan kedua-dua belah pihak.

Mahkamah bagaimanapun membenarkan penangguhan perlaksanaan hukuman sementara menunggu keputusan rayuan kedua-dua tertuduh di Mahkamah Tinggi.

Mengikut dua pertuduhan Muhammad Sufi didakwa sebagai Timbalan Pengarah Besar Sumber Strategik Felda telah melakukan pecah amanah terhadap dana organisasi itu dengan curangnya melupus dan meluluskan pembayaran masing-masing RM25,999,000 dan RM21,626,500 yang kesemuanya berjumlah RM47,625, 500 tanpa kelulusan Lembaga Pengarah atau Jawatankuasa Tender Felda.

Sementara itu, Faizoull pula didakwa dua pertuduhan bersubahat dengan Muhammad Sufi untuk melakukan perbuatan sama.

Kesemua pertuduhan tersebut didakwa dilakukan di Bangunan Wisma Felda Jalan Perumahan Gurney, di sini antara 13 Januari hingga 23 Julai 2014. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini