Jho Low sedia beri kerjasama - Utusan Malaysia

Jho Low sedia beri kerjasama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 7 Jun – Ahli perniagaan, Low Taek Jho menyatakan kesediaannya untuk membantu siasatan berhubung skandal syarikat pelaburan stra­tegik milik kerajaan, 1Malaysia Development Bhd (1MDB) selepas dipanggil oleh Suruhanjaya Pencegahan Ra­suah Malaysia (SPRM).

Taek Jho atau lebih dikenali dengan panggilan Jho Low dikatakan sudah mengarahkan pe­guamnya untuk menghubungi SPRM selepas dimaklumkan bahawa suruhanjaya berkenaan mencarinya bagi membantu siasatan kes tersebut.

Memetik laporan Bloomberg hari ini, perkara itu dinyatakan oleh wakilnya menerusi e-mel.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Beliau telah dianggap sebagai ‘saksi terbaik’ untuk memberikan maklumat mengenai dakwaan skandal dalam 1MDB,” kata wakil Jho Low.

SPRM dalam satu kenyataan hari ini meminta Jho Low dan Pe­ngarah SRC International Sdn. Bhd. (SRC), Nik Faisal Ariff Kamil Nik Othman Arif Kamil untuk tampil membantu siasatan kes berkaitan SRC International yang dikaitkan dengan isu 1MDB.

Jho Low yang sebelum ini dilaporkan pernah berkata dia memberi khidmat na­sihat kepada 1MDB, sering dituduh oleh beberapa penyia­sat an­tarabangsa sebagai individu utama terlibat dalam penyelewengan dana milik syarikat itu.

Bagaimanapun, beliau menafikan terlibat dalam salah la­ku tersebut.

Pihak pendakwa Ame­rika Syarikat (AS) turut menggambarkan­ Jho Low sebagai antara yang bertanggungjawab menubuhkan­ sya­­rikat khas dan menyusun pemin­dahan jutaan dolar untuk membayar pegawai-pegawai kerajaan Malaysia.

Difahamkan, setakat malam ini, peguam yang mewakili Jho Low masih belum menghubungi SPRM berhubung siasatan kes tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini