Lebih 2,000 lembu Brahman diimport untuk Aidilfitri - Utusan Malaysia

Lebih 2,000 lembu Brahman diimport untuk Aidilfitri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU – Sebanyak 2,135 ekor lembu baka Brahman dibawa masuk dari Australia melalui pelabuhan Pasir Gudang di sini untuk menampung permintaan daging lembu segar semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Pengarah Pembangunan Perniagaan Antarabangsa Kumpulan Kamran, Datuk Hatta Amirrul Amran berkata, kesemua lembu berkenaan akan diagihkan kepada peruncit di seluruh negara manakala bakinya ditempatkan di ladang ternakan DK Ternak Pertanian Moden Kluang.

“Lembu-lembu ini dibawa dalam kapal laut melalui perjalanan selama tujuh hari dan tiba di pelabuhan ini petang semalam. Sejurus tiba kami terus mengagihkan lembu ini kepada peruncit untuk dihantar ke setiap negeri,” katanya kepada Bernama.

Memuatkan artikel berkaitan…

Hatta Amirrul berkata, syarikatnya yang merupakan pengimport dan pembekal lembu, kambing dan biri-biri utama dari Australia itu telah membawa masuk 4,900 ekor lembu pada Mei lalu bagi bekalan bulan Ramadan sementara satu lagi penghantaran melibatkan 2,600 ekor lembu dijangka tiba selepas hari raya ini.

Hatta Amirrul berkata, daging lembu sentiasa mendapat permintaan tinggi terutamanya bulan Ramadan, musim perayaan dan menjelang akhir tahun. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini